En. Mohd Zaki Bin Ab. Rashid

Pengetua MRSM Betong, Sarawak

 

Laman Web MRSM Betong merupakan suatu medium pengantara antara warga MRSM Betong dengan masyarakat terutamanya masyarakat sekitar. Laman sesawang ini menjadi wadah bagi menyampaikan maklumat kepada pelanggan kami terutamanya ibu bapa dan penjaga pelajar, juga masyarakat umum.

Semoga kewujudan laman sesawang ini dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengetahui maklumat tentang anak-anak terutamanya berkaitan prestasi akademik dan pembangunan sahsiah serta aktiviti para pelajar dan aktiviti MRSM Betong.

Bagi masyarakat, diharapkan laman ini menjadi medium untuk mendapatkan maklumat serta program dan projek di MRSM Betong. Mudah-mudahan dengan perkembangan teknologi ini mampu mempermudah dan mempercepat urusan seharian kita dan mengeratkan hubungan antara MRSM Betong dan masyarakat.

Akhir kalam, manfaatkan laman ini untuk pembangunan diri, masyarakat dan Negara.

 

'CULTURE OF EXCELLENCE'