Lokasi Bahagian Betong

Betong merupakan sebuah daerah yang telah dinaiktarafkan menjadi bahagian Betong pada 26 Mac 2002. Bahagian Betong terdiri daripada 9 daerah iaitu daerah Betong, Daerah Saratok, Daerah Kecil Spaoh, Daerah Kecil Debak, Daerah Kecil Pusa, Daerah Kecil Maludam, Daerah Kecil Roban dan Daerah Kecil Kabong.

 

Lokasi MRSM Betong

MRSM Betong terletak di tanah seluas 50 ekar sejauh 8 km dari Bandar Betong dan kira 3 km dari Simpang Betong. Perjalanan dari Bandaraya Kuching ke MRSM Betong menggunakan Jalan Utama Pan Borneo mengambil masa lebih kurang 5 jam dan hanya 3 jam dari Bandar Sibu.